Pakej 1 " - Banner 728x90 (Full/Booking Now!) / 30K Sebulan - RM50/30 Days"
ads here

Tiket Airasia Percuma untuk Pemegang Kad Mesra | Petronas

mesra big 061 300x116 Tiket Airasia Percuma untuk Pemegang Kad Mesra

Pemegang Kad Mesra Petronas kini boleh mendapatkan tiket Airasia percuma melalui BIG. Untuk menebus tiket tersebut, anda hanya perlu menukarkan Mesra Points anda keapda BIG Points. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk maklumat lanjut, sila ke http://www.tune2big.com/mesra-big/index.html

Ataupun, petrol percuma untuk penebusan mata ganjaran Mesra Points di stesyen minyak Petronas.

RedeemFuel Tiket Airasia Percuma untuk Pemegang Kad Mesra

https://www.kad-mesra.com.my/FAQs.aspx

Liyana Jasmay Akan Kahwin Selepas Pulang Dari Amerika

Liyana Jasmay Akan Kahwin Selepas Pulang Dari Amerika Syarikat. Dia akan membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan Fathuddin Mazlan,28, yang juga seorang ahli perniagaan pada Januari tahun depan selepas menamatkan kursus jangka pendeknya di New York, Amerika Syarikat (AS).

 Liyana Jasmay Akan Kahwin Selepas Pulang Dari Amerika

Liyana, 24, berkata, dia akan berangkat ke negara itu pada Julai depan untuk mengikuti kursus di New York Film Academy dalam bidang pengarahan dan lakonan.

“Daripada awal perkenalan dengan Fathuddin saya telah melahirkan hasrat untuk mengikuti kursus tersebut kepadanya dan dia tidak membantah mengenai perkara itu kerana pemergian saya adalah untuk menimba ilmu.

“Kelas akan tamat pada awal Januari (2013) dan lepas itu akan terus kembali ke Malaysia untuk berkahwin,” ujarnya

Liyana ditemui semasa menghadiri majlis pelancaran drama bersiri 3 Janji di Sri Pentas di sini pada Selasa.

Tambah Liyana, pemergiannya selama enam bulan ke New York turut ditemani oleh ibunya iaitu Habsah Simpon, 53, selepas ayahnya, Jasmay Md Shah, 57 tidak membenarkan dia tinggal bersendirian di AS.

“Pada awalnya saya nak ikuti kursus berkenaan di Australia sahaja kerana lebih dekat tetapi setelah disarankan oleh rakan-rakan pergi ke New York saya bertukar fikiran.

“Tambahan pula peralatan sepanjang proses pembelajaran itu nanti lebih canggih dan boleh digunakan oleh para peserta selain nama-nama besar dalam bidang pengarahan dan lakonan turut dijemput untuk memberikan ceramah kepada kami nanti,” katanya.

Liyana memberitahu, dia teruja untuk ke negara itu kerana ingin menimba pengalaman di negara orang dan mempelajari cara mereka menghasilkan filem atau drama supaya dapat diguna pakai apabila kembali ke tanah air.

“Ini semua saya lakukan demi syarikat produksi saya iaitu Mermaids Studios kerana ingin lebih bersungguh-sungguh dalam menghasilkan produk yang baik untuk penonton.

“Malah saya sudah buat beberapa persediaan sebelum berangkat dan Insya-Allah krew produksi saya akan turut ke sana untuk menjalani tiga buah telefilem bagi mendapat senario berbeza di sana,” katanya.

Dalam pada itu, Liyana yang bakal bertunang pada 28 Mac ini di rumahnya di Kemensah, Kuala Lumpur memberitahu akan menyelesaikan semua penggambaran yang masih tertangguh selain menyiapkan persiapan perkahwinannya sebelum ke AS.

Ujar Liyana, dia bertuah kerana dua kakaknya iaitu Faradilla Jasmay, 30, dan Adriana Jasmay, 28, yang sudah berkahwin akan membantunya dalam merealisasikan impiannya sebagai raja sehari.

“Sebelum berangkat saya akan selesai mengenai tempahan dewan, katering, baju dan sebagainya. Selebihnya akan diuruskan oleh dua orang kakak saya yang sudah berpengalaman dalam menguruskan kerja kahwin.

“Sejurus lepas balik nanti saya akan terus berkahwin. Bagaimanapun tarikh sebenar masih belum diputuskan,” katanya.

Sementara itu, Liyana berkata, dia mengambil keputusan untuk bertunang bukan kerana akan berangkat ke luar negara tetapi tertarik dengan keikhlasan hati budi bakal tunangnya yang disifatkan sebagai periang dan baik hati.

Tambah Liyana, usaha Fathuddin untuk mengenali kedua ibu bapanya paling menyentuh hati kerana dia begitu rapat dengan mereka.

“Saya sangat rapat dengan kedua ibu bapa saya dan apabila melihat usahanya untuk mengenali mereka sudah cukup menambat hati saya sebagai seorang wanita,” ujarnya.

Liyana memberitahu, pengalaman berkawan dengan lelaki sebelum ini telah membuatkan dirinya serik untuk bercinta sebaliknya memilih untuk berbuat demikian dengan ikatan perkahwinan.

“Saya tidak percayakan pada percintaan lagi kerana itu semua palsu. Jika seseorang itu benar-benar ikhlas mencintai saya dia boleh terus masuk meminang dan itu yang telah dilakukan oleh bakal tunang saya,” ujarnya.

Sumber: Mstar

559 calon SPM 2011 dapat semua A+

SPM 565x377 300x200 559 calon SPM 2011 dapat semua A+

PUTRAJAYA: Seramai 559 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 403 pada 2010.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud, berkata daripada jumlah itu, seramai 506 adalah calon sekolah menengah kebangsaan manakala 53 lagi calon dari sekolah selain sekolah menengah kebangsaan berbanding masing-masing 363 dan 40 calon pada 2010.

“Pencapaian keseluruhan calonSPM 2011 bertambah baik dengan Gred Purata Nasional (GPN)5.04, berbanding 5.19 pada tahun 2010,” katanya pada majlis pengumuman analisis keputusan peperiksaan SPM di sini, hari ini.

Beliau berkata, seramai 468,808 calon menduduki peperiksaan itu tahun lalu. – BERNAMA

Permohonan ke IPG untuk program KPLSPM 2012 | spm

Bagi anda yang sudah lama menunggu iklan Permohonan Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) atau Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2012, berikut adalah berita baik kepada anda semua.

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Maklumat mengenai program ini adalah seperti berikut:

KETERANGAN PROGRAM:

  • Nama Program: Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
  • Jenis Ijazah: Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujuan
  • Mod Kursus: Sepenuh Masa

STRUKTUR PROGRAM KPL SPM

  • Program Persediaan: Lapan Belas Bulan (tiga Semester)
  • Program Ijazah: Empat Tahun (Empat Semester)

SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2012 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1992.
  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  • Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran. DAN sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut:
    • Bahasa Melayu
    • Sejarah
    • Satu mata pelajaran yang lain serta ;
    • lulus Bahasa Inggeris
  • Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan).

PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN

1. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

  • Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG)/Maktab Perguruan dan institusi-institusi lain yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.
  • Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama lapan belas bulan di institut berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Calon perlu lulus Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISM) selama empat tahun di Institut Latihan Perguruan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN

1.  Sekolah Kebangsaan (SK)

2.  Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)

3.  Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)

CARA MEMOHON

  • Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia (www.moe.gov.my) mulai 22 Mac 2012.
  • Permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara mulai 22 Mac 2012 dengan bayaran RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS). Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkat (SMS) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.
  • Pemohon juga dinasihatkan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
  • Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.
  • Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan secara online adalah pada 05 April 2012.

MAKLUMAN DAN PERHATIAN

  • Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga.
  • Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dan temu duga dan keputusan ujian INSAK. Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.
  • Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawarkan program atau bidang pengajian bukan pilihan dan menempatkan calon yang berjaya di mana-mana Institut Pendidikan Guru (IPG).
  • Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan.
  • Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga. Segala perbelanjaan dan risiko menghadiri temu duga adalah tanggungjawab calon sendiri.
  • Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di IPG.

PERTANYAAN

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan:

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(U.P: UNIT PENGURUSAN PEMGAMBILAN PELAJAR)
NO. TELEFON: 03-88841260/1249/1246/1242/1245

URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
CAWANGAN SABAH
D/A INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA
PETI SURAT 10491
88805 KOTA KINABALU, SABAH
NO. TELEFON: 088-236804

URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
CAWANGAN SARAWAK
JALAN COLLEGE93259 KUCHING, SARAWAK.
NO. TELEFON: 082-258045

Maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

permohonan maktab perguruan 2012 600x679 Permohonan ke IPG untuk program KPLSPM 2012

Sumber keratan akhbar: IPGM Blogger dan http://kulanzsalleh.com/

Kereta Mabuk Membunuh Polis dan Mencederakan 2 Pelajar Kolej Insaniah | kemalangan

Kereta Mabuk Membunuh Polis dan Mencederakan 2 Pelajar Kolej Insaniah | Seorang polis berpangkat koperal maut, manakala dua pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) cedera dalam kejadian langgar lari apabila sebuah kereta merempuh dua motosikal, petang kelmarin. Saksi, Mohd Haikal Abdul Hadi, 30, berkata, kejadian kemalangan maut ini dipercayai berlaku sekitar jam 4.30 petang.

mayat kemalangan Kereta Mabuk Membunuh Polis dan Mencederakan 2 Pelajar Kolej Insaniah
Mayat mangsa kemalangan ditutup oleh polis

Dia sempat menyaksikan sendiri kemalangan maut melalui cermin sisi motosikal berkuasa tingginya selepas memotong dua motosikal berkenaan. “Sebelum kejadian, saya lihat kereta Perodua Kancil berwarna perak dipandu dalam keadaan huyung-hayang seperti dipandu orang mabuk, sebelum merempuh motosikal dinaiki anggota polis di depannya.

Dua pelajar yang menaiki motosikal di belakang mangsa tidak sempat mengelak sebelum turut terjatuh. “Saya secara kebetulan dalam perjalanan ingin ke tempat kenduri. “Bagaimanapun, saya ambil keputusan berpatah balik ke tempat kejadian.

“Ketika itu, ketiga-tiga mangsa masih berada di atas jalan, sementara pemandu kereta yang merempuh mereka melarikan diri,” katanya kepada media, di hadapan Wisma Persekutuan Anak Bukit, di sini kelmarin.

Haikal turut terkilan dengan sikap individu yang kelihatan cuba membantu dua pelajar perempuan terbabit yang cedera, tetapi rupa-rupanya mengambil kesempatan mencuri telefon bimbit dan wang mereka.

Sementara itu, rakan kepada pelajar berkenaan, Mohd Izat Ahmad Subri, 20, berkata, kawannya Nor Liyana Hassan, 20, menunggang motosikal jenis Honda Wave bersamaAnis Nasuha Zohad, 23, adalah pelajar tahun dua, semester empat, Diploma Pengurusan Hotel, di Kuin. “Saya difahamkan mereka dalam perjalanan pulang ke rumah sewa di Tandop setelah selesai membeli barang untuk persediaan kelas memasak keesokan harinya di Jitra.

Nor Liyana mengalami kecederaan di bahagian muka dan bahu, sementara Anis cedera di tangan. Mereka dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk menerima rawatan susulan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, mangsa yang maut di tempat kejadian kemalangan maut ialah Hamerudin Sidek, 50. Beliau ialah anggota yang bertugas di Balai Polis cawangan Anak Bukit.

“Kita masih menyiasat punca kejadian dan meminta kerjasama orang ramai supaya tampil menghubungi polis untuk menjejaki pemandu kereta yang melarikan diri,” katanya. Menurut rakan sekerja, Hamerudin dipercayai bertugas di balai polis berkenaan dalam tempoh tiga tahun dan semasa hari kejadian arwah tidak bekerja.

Melayukini.net – Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita akan kembali. Takziah kepada keluarga mangsa kemalangan langgar lagi ini. Al fatihah. Semoga yang melanggar lari itu terbuka hati dan menyerah diri kepada pihak polis.

pixel Kereta Mabuk Membunuh Polis dan Mencederakan 2 Pelajar Kolej Insaniah

SEO Powered By SEOPressor