Yasmin Hani Dan Sha’arin Selamat Diijabkabulkan

Yasmin Hani bergelar isteri

yasmin hani nikah 02 Yasmin Hani Dan Sha’arin Selamat Diijabkabulkan

Dengan hanya sekali lafaz, pelakon Yasmin Hani Richardson, 32 tahun, sah bergelar isteri kepada bekas gitaris kumpulan Black Rose iaitu Sha’arin Mohammed Razali, 40-an, dalam satu majlis yang diadakan di Duchess Place Jalan Ampang, Petaling jaya.

Yasmin Hani dan Sha’arin dinikahkan oleh jurunikah Abdullah Hashim kira-kira pukul 3.45 petang dengan mas kahwin sebanyak RM80. Ia turut disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan terdekat pasangan pengantin.

Pada majlis pernikahan itu, Yasmin Hani menerima wang hantaran sebanyak RM32,000 berserta tujuh dulang hantaran yang terdiri daripada cincin, sirih junjung, beg, set haruman, manisan, sejadah dan senaskah Al-Quran.

yasmin hani nikah 01 Yasmin Hani Dan Sha’arin Selamat Diijabkabulkan

Manakala pihak lelaki pula menerima sembilan dulang hantaran yang terdiri daripada sebentuk cincin, sirih junjung, seutas jam tangan, set haruman, buah-buahan, manisan, kamera digital, sejadah dan juga senaskah Al-Quran.

Yasmin Hani bergelar isteri dan ibu

Untuk yang masih tak tahu, Sha’arin sudah memiliki dua orang anak iaitu Siti Narissa Edora, 25, dan Armand, 23, hasil perkahwinan pertamanya. Sha’arin juga pernah bernikah dengan pelakon Ida Nerina untuk perkahwinan keduanya tetapi tidak bertahan lama.

Tahniah OhGempak ucapkan kepada Yasmin Hani dan Sha’arin kerana sudah sah bergelar suami isteri. Selamat berbahagia dan semoga ikatan ini berkekalan selamanya. Oh ya, majlis resepsi berlangsung pada malam Jumaat (malam ini) di lokasi yang sama.

sumber : ZonArtis.com

pixel Yasmin Hani Dan Sha’arin Selamat Diijabkabulkan

Incoming search terms:

  • umur shahrin blackrose
  • umur suami yasmin hani
  • shahrin blackrose biodata
  • umur yasmin hani
  • umur shahrin razali
  • suami yasmin hani bekas suami
  • siapa shahrin black rose
  • shahrin blackrose umur
  • shahrin black rose biodata
  • shaarin razali wong
  • hantaranperkahwinan artis
  • biodata shahrin razali wong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge