Category Archives: Gosip Artis

Liyana Jasmay Akan Kahwin Selepas Pulang Dari Amerika

Liyana Jasmay Akan Kahwin Selepas Pulang Dari Amerika Syarikat. Dia akan membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan Fathuddin Mazlan,28, yang juga seorang ahli perniagaan pada Januari tahun depan selepas menamatkan kursus jangka pendeknya di New York, Amerika Syarikat (AS).

 Liyana Jasmay Akan Kahwin Selepas Pulang Dari Amerika

Liyana, 24, berkata, dia akan berangkat ke negara itu pada Julai depan untuk mengikuti kursus di New York Film Academy dalam bidang pengarahan dan lakonan.

“Daripada awal perkenalan dengan Fathuddin saya telah melahirkan hasrat untuk mengikuti kursus tersebut kepadanya dan dia tidak membantah mengenai perkara itu kerana pemergian saya adalah untuk menimba ilmu.

“Kelas akan tamat pada awal Januari (2013) dan lepas itu akan terus kembali ke Malaysia untuk berkahwin,” ujarnya

Liyana ditemui semasa menghadiri majlis pelancaran drama bersiri 3 Janji di Sri Pentas di sini pada Selasa.

Tambah Liyana, pemergiannya selama enam bulan ke New York turut ditemani oleh ibunya iaitu Habsah Simpon, 53, selepas ayahnya, Jasmay Md Shah, 57 tidak membenarkan dia tinggal bersendirian di AS.

“Pada awalnya saya nak ikuti kursus berkenaan di Australia sahaja kerana lebih dekat tetapi setelah disarankan oleh rakan-rakan pergi ke New York saya bertukar fikiran.

“Tambahan pula peralatan sepanjang proses pembelajaran itu nanti lebih canggih dan boleh digunakan oleh para peserta selain nama-nama besar dalam bidang pengarahan dan lakonan turut dijemput untuk memberikan ceramah kepada kami nanti,” katanya.

Liyana memberitahu, dia teruja untuk ke negara itu kerana ingin menimba pengalaman di negara orang dan mempelajari cara mereka menghasilkan filem atau drama supaya dapat diguna pakai apabila kembali ke tanah air.

“Ini semua saya lakukan demi syarikat produksi saya iaitu Mermaids Studios kerana ingin lebih bersungguh-sungguh dalam menghasilkan produk yang baik untuk penonton.

“Malah saya sudah buat beberapa persediaan sebelum berangkat dan Insya-Allah krew produksi saya akan turut ke sana untuk menjalani tiga buah telefilem bagi mendapat senario berbeza di sana,” katanya.

Dalam pada itu, Liyana yang bakal bertunang pada 28 Mac ini di rumahnya di Kemensah, Kuala Lumpur memberitahu akan menyelesaikan semua penggambaran yang masih tertangguh selain menyiapkan persiapan perkahwinannya sebelum ke AS.

Ujar Liyana, dia bertuah kerana dua kakaknya iaitu Faradilla Jasmay, 30, dan Adriana Jasmay, 28, yang sudah berkahwin akan membantunya dalam merealisasikan impiannya sebagai raja sehari.

“Sebelum berangkat saya akan selesai mengenai tempahan dewan, katering, baju dan sebagainya. Selebihnya akan diuruskan oleh dua orang kakak saya yang sudah berpengalaman dalam menguruskan kerja kahwin.

“Sejurus lepas balik nanti saya akan terus berkahwin. Bagaimanapun tarikh sebenar masih belum diputuskan,” katanya.

Sementara itu, Liyana berkata, dia mengambil keputusan untuk bertunang bukan kerana akan berangkat ke luar negara tetapi tertarik dengan keikhlasan hati budi bakal tunangnya yang disifatkan sebagai periang dan baik hati.

Tambah Liyana, usaha Fathuddin untuk mengenali kedua ibu bapanya paling menyentuh hati kerana dia begitu rapat dengan mereka.

“Saya sangat rapat dengan kedua ibu bapa saya dan apabila melihat usahanya untuk mengenali mereka sudah cukup menambat hati saya sebagai seorang wanita,” ujarnya.

Liyana memberitahu, pengalaman berkawan dengan lelaki sebelum ini telah membuatkan dirinya serik untuk bercinta sebaliknya memilih untuk berbuat demikian dengan ikatan perkahwinan.

“Saya tidak percayakan pada percintaan lagi kerana itu semua palsu. Jika seseorang itu benar-benar ikhlas mencintai saya dia boleh terus masuk meminang dan itu yang telah dilakukan oleh bakal tunang saya,” ujarnya.

Sumber: Mstar

Incoming search terms:

  • wanie akur janji
  • wanie penyanyi akur janji
  • akur janji wanie
  • nora danish mabuk
  • cerita terbaru tiz zaqyah dan remy ishak
  • gambar wani akur janji
  • puteri caroline mentor
  • penyanyi akur janji wanie
  • gambar nora danish 2012
  • penyanyi akur janji
  • gambar kahwin ogy dan eman
  • kemalangan di kota kinabalu
  • Gaji Guru Master Dan Phd 2014
  • kepujuan kepada pegawai
  • etika akur janji dengan syarikat
  • gosip gempak artis
  • kisah wanie akur janji

Rita Rudaini Digantung Tak Bertali

lAaHc Rita Rudaini Digantung Tak Bertali

Kasihan mengenangkan nasib aktres popular, Rita Rudaini Mokhtar. Beliau seolah-olah digantung tidak bertali suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak. Sehingga hari ini, masih belum ada kata putus berhubung rumah tangga mereka yang boleh diumpamakan retak menanti belah itu.

Sudah lebih sebulan Aidil meninggalkan Rita dan dua cahaya mata, Airit Rayyan, 3 dan Airit Qara Arjuna, 8 bulan. Lebih menyedihkan, Aidil langsung tidak pulang menjenguk anak-anaknya. Memberi nafkah jauh sekali.

Kalau Aidil ingatkan anak-anak, meskipun berdepan dengan gelora tsunami atau lautan api sekalipun, , beliau sanggup melakukan apa saja untuk melepaskan kerinduan pada anak-anak. Tidak begitu? Tapi, hingga saat dan detik ini, bayangan Aidil langsung tidak nampak, bukan Aidil tidak tahu anak-anak sentiasa berada di rumah.

Rita Rudaini ditinggalkan Aidil

Satu Malaysia sudah tahu, hubungan Aidil dan Rita sedia keruh atau mungkin tidak dapat diselamatkan lagi tetapi jangan sampai abaikan anak-anak. Kalau sekarang ketika belum bercerai, Aidil sudah pada Rayyan dan Qaqa, apatah lagi kalau ikatan sudah terlerai nanti.

Nasib baik Rayyan dan Qaqa tidak bertanya langsung pasal bapanya. Hmmm, nampak sangat Aidil tidak rapat dengan anak-anaknya. Mungkin kalau sudah berbulan tidak balik rumah, anak-anak pun sudah tidak kenal. Dan Raja nak tanya Aidil, dia tahu ke apa hukumnya jika meninggalkan isteri lebih tiga bulan?

Raja pelik, sebelum ini, Aidil beriya-iya nak buat tuntutan berhubung anak-anak, tapi nasib Rayyan dan Qaqa tidak terbela pun. Sakit pening, susu, makan dan minum pun tidak ambil tahu, macam mana tu? Pening kepala Raja memikirkannya.

Ada beberapa teman Raja sering ternampak Aidil melepak bersama kembarnya, Zaquan Adha dan isterinya Ayu Raudhah di USJ, Subang Jaya sampai awal pagi. Amboi seronoknya… Itu yang Aidil mahukan agaknya, menjadi orang bujang dan tidak memikirkan tanggungjawab, jauh sekali memikirkan anak-anak. Raja dengar Aidil juga tinggal bersama Zaquan dan Ayu di USJ.

Ayu pun bukan main lagi, selalu saja kemas kini statusnya menerusi perkhidmatan mesej Blackberry(BBM), makan malam, keluar sana sini bersama Aidil. Tak payahlah membuatkan orang lain makin membenci, sudah-sudahlah menyakitkan hati Rita. Janganlah memporak-perandakah rumah tangga Rita dan Aidil lagi. Nak makan atau tergolek sekalipun, perlu ke beritahu satu dunia?

Yang kasihan adalah Rita, selepas penat mencari rezeki dan bekerja siang dan malam di lokasi penggambaran, beliau terpaksa pula bersengkang mata menjaga anak-anak sendirian. Bukan tak tahu ragam anak-anak yang masih kecil, memang penat dan tidak cukup rehat.

Tapi, hairan juga Aidil dan keluarganya beriya-iya membuat tuntutan terhadap anak-anak. Kalau hari ini pun tak pernah ambil tahu dan tak tahu nak jaga, bagaimana nak jaga anak-anak pada masa depan? Ibu bapa mentua Rita pun tidak pernah bertanya soal cucu, tak pernah hubungi Rita bertanya pasal Rayaan dan Qaqa tapi sibuk rebut cucu!

Raja bukanlah nak salahkan Aidil, tapi Raja rasa tindakan Aidil tidak betul. Walaupun berdepan dengan konflik dalaman dengan Rita, tapi beliau tidak seharusnya mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak. Nafkah anak-anak tidak seharusnya diabaikan. Aidil kena ingat, anak-anak adalah saham untuk akhirat.

Soal siapa yang menjadi dalang keretakan dan kehancuran rumah tangga Rita, Raja tidak mahu mengulas. Dulu, ibu bapa Aidil dipersalah, kini kembar Aidil, Zaquan dan isterinya, Ayu pula dituduh menjadi puncanya. Nampaknya semua sengketa bermula daripada keluarga Aidil. Susah nak cakap jika membiarkan orang lain membaut keputusan dalam hidup. Inilah jadinya.

Nasihat Raja kepada Aidil, kalau sudah benci dan tidak boleh memandang muka Rita lagi, lepaskan saja… Rita boleh hidup bahagia bersama dua cahaya mata yang menjadi pelengkap hidupnya. Aidil pula carilah kebahagiaan baru, kalau itu yang Aidil inginkan.

Sumber : Metro

Incoming search terms:

  • ayu gaduh
  • rita rudaini gaduh
  • atok main puki cucu
  • rita rudaini bercerai 2012
  • rita rudaini terkini 2012

Keputusan Penuh Anugerah Skrin 2011

Akhirnya siapakah 24 penerima Anugerah Skrin 24 telah terjawab. Berikut adalahKeputusan Penuh Anugerah Skrin 2011. Tahniah pada semua pemenang. Mana yang tak menang, boleh cuba pada tahun hadapan.

ask2011 graphics 300x234 Keputusan Penuh Anugerah Skrin 2011

Lakon Layar Terbaik
- Sujin Lee [Aku Tak Bodoh]

Lakon TV Terbaik
- Sabri Yunus [Sanggul Beracun]

Videografi Terbaik
-Sanggul Beracun [Balang Rimbun S/B]

Laporan Khas / Berita Terbaik
- Buletin Utama [Pengemis Terhormat]

Rancangan Dokumentari / Majalah Terbaik
-Suatu Ketika Ep 12 [Yuen Yuat Leng]

Rancangan Hiburan Terbaik
- Maharaja Lawak Akhir

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem
- Nadiya Nisaa [Cun]

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem
- Sidek Hussin [Karak]

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama
- Elfira Loy [Kum Kum]

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama
- Allahyarham Faizal Yusof [Jangan Hantar Aku ke Neraka]

Drama Komedi Terbaik
- Geng Surau [Pena Creative S/B]

Rancangan Realiti Terbaik
- Showdown 2011 : Top 12 Show

Rancangan Muzikal Terbaik
- Shout Awards 2010

Rancangan Bual Bicara Terbaik
- Selami Jiwa Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah

Pelakon Wanita Terbaik Filem
- Siti Shahrizah / Eja [Janin]

Pelakon Lelaki Terbaik Filem
- Remy Ishak [Cun]

Anugerah Artis Harapan Pantene
Faizal Daniel Ali [Yang Terpuji]

Pelakon Wanita Terbaik Drama
- Umie Aida [Air Mata Salina]

Pelakon Lelaki Terbaik Drama
- Eman Manan [Janji Syurga]

Pengarah Terbaik Filem
- Osman Ali [Cun]

Anugerah Yasmin AHmad
- Shamsul Yusof

Drama Rantaian Terbaik
- Juvana [Filmscape S/B]

Filem Terbaik
- Magika [KRU Studios]

Drama Terbaik
- Sanggul Beracun [Balang Rimbun S/B]

Incoming search terms:

  • www sidek hussin com my
  • filem janin free download
  • malay movie janin 2010 download
  • janin mediafire
  • ruang gosip artis
  • anugerah skrin 2011 mediafire
  • filem janin download
  • filem janin full
  • filem melayu janin full movie free
  • anugerah skrin 2011 download
  • anugerah skrin 2011
  • free download anugerah skrin 2011
  • anugerah skrin 2011 free download
  • filem janin mediafire
  • free download filem janin 2010

Faizal Tahir dilamar berlakon?

Faizal Tahir dimana?

Sudah lama kita tak dengar cerita tentang penyanyi nie..Macam-macam andaian yang dibuat dan yang terbaru ramai orang dapat menghidu penyanyi nie, Faizal Tahir telah dilamar tawaran berlakon..betul ke?

Difahamkan proses lamaran masih lagi diteruskan. Pengarah ini masih lagi belum memberi watak yang bersesuaian dengan Faizal Tahir. Jika benar, OhGempak yakin Faizal Tahir akan ditawarkan watak sebagai hero sesuai dengan populariti beliau.

 Faizal Tahir dilamar berlakon?

Malah difahamkan bahawa filem yang bakal dilakonkan oleh Faizal Tahir ini turut disertai Neelofa. Apapun, kita nantikan je la ye..

Rezeki seseorang itu tiada siapa yang tahu. Mungkin dari langkah pertama, rezeki makin bertambah dan apa yang penting, peminat terus memberi sokongan.

OhGempak harap Faizal Tahir dapat buat keputusan dengan bijak dan berhati-hati agar tidak tertipu dengan sikap produser atau pengarah yang cuba mengambil kesempatan.

Incoming search terms:

  • faizal tahir

Benarkah Remy Ishak dan Tiz Zaqyah bercinta?

Tiz Zaqyah bercinta?

Sejak Nurkasih, populariti dua insan artis cukup terserlah sehinggakan ada peminat yang mengharap mereka akan bercinta dan berkahwin. Sehinggakan ada berita tentang mereka di dalam Harian Metro..

dSB9m Benarkah Remy Ishak dan Tiz Zaqyah bercinta?

Jika benar, sememangnya berita gembira buat semua peminat mereka dan peminat Nurkasih..

Apa pun, kita tunggu jawapan dan berita daripada mereka berdua..

OhGempak hanya berharap berita baik daripada Remy Ishak dan Tiz Zaqyah..

pixel Benarkah Remy Ishak dan Tiz Zaqyah bercinta?

Incoming search terms:

  • tiz zaqyah dan remy ishak
  • remy ishak dan tiz zaqyah
  • tiz zaqyah remy ishak
  • tiz zaqyah dan remy ishak bercinta
  • remy ishak